alfea qwaisya
Showing posts with label article. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013
TIPS CINTA SUAMI ISTERI
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Monday, January 16, 2012
Tips untuk menjadi suami penyayang
Untuk hidup bahagia dalam berumahtangga, suami dan isteri (kedua-duanya, bukan 1 pihak saja) mestilah faham tanggungjawab dan peranan masing-masing.
Suami mesti tahu apakah hak-hak isteri yang perlu dia penuhi. Begitu juga isteri, mesti tahu tanggungjawab dan peranannya sebagai seorang isteri. Isteri perlu taat kepada perintah suami (dengar cakap) selagimana suruhan suaminya itu tidak bercanggah dengan syariat.
Para suami mestilah bijak untuk hargai dan melayan isterinya. Antara tanggungjawab dan peranan suami ialah;
•Memenuhi hak-hak dalam rumahtangganya (cari nafkah halal, menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan sebagainya)
•Ikram @ melayan anak-anak depan isteri
•Bawa keluarga jalan-jalan, beriadah @ melancong
•Puji masakan isteri
•Puji isteri apabila nampak kebaikan dia
•Bercerita di malam hari
•Beri hadiah kepada isteri
•Hiasi diri dengan akhlak (Contohnya bercakap lemah lembut dengan isteri…)
•Sentiasa berdoa kepada Allah untuk kebahagiaan rumahtangganya
•Masak untuk isteri sekali sekali
Berikut pula beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan dititik beratkan oleh suami untuk menjadi suami penyayang :
1. Bersikap tegas
Tegas, tapi lemah lembut terhadap isteri. Ingatlah isteri bukan orang gaji yang anda boleh perintahkan sesuka hati. Isteri amat perlukan layanan lembut dari suaminya, bukannya selalu meninggikan suara bila bercakap dan tak mahu mendengar isi hati isteri.
2. Memberikan pujian terhadap isteri
Walaupun sebenarnya isteri tak perlukan pujian, tetapi jika suami rajin memuji isterinya maka dia akan merasa yakin diri. Dan Rajinlah ungkapkan perkataan sayang dan cinta supaya isteri merasa yakin dan sentiasa merasa dihargai.
3. Menentukan batas tanggung jawab
Islam telah mengatur tanggung jawab suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang hahal, dan isteri pula berkeajipan melayan suami dan menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Jika isteri bekerja pandai-pandailah menolongnya apa yang patut.
4. Menghindari kritikan terhadap isteri
Jika ada sesuatu pada isteri yang anda tak berkenan, bincangkan secara baik bukan dengan mengkritik. Isteri akan hilang hormat terhadap anda.Suami tidak berhak bertindak kasar dan mengkritik serta menghina sewenang-wenangnya.
Suami yang terlalu banyak mengkritik akan meninggalkan kesan negatif terhadap isteri :
•Perasaan isteri akan tertekan akibat menahan marah.
•Menimbulkan pelbagai penyakit fizikal akibat perasaan kecewa dan tekanan batin.
•Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
•Akibat selalu dikritik dan tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya.
•Untuk menyenangkan hati isteri akan menyelahkan anak-anak.
•Jika perasaannya terlalu tertekan mungkin dia ingin perceraian.
5. Peka kepada sesuatu yang romantik
Jika semasa bercinta anda sanggup melakukan apa sahaja untuk dapat menarik hatinya, maka setelah berkahwin sepatutnya anda berusaha lebih lagi untuk menarik hati isteri dan bersikap romantik. Ramai lelaki beranggapan salah ‘dah dapat buat apalagi nak susah-susah…..’ Suami yang menganggap remeh hal ini akan menghilangkan rasa cinta dihati isteri sedikit demi sedikit.
6. Memahami isteri yang selalu ingin berada disamping suami
Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya, tak kiralah berapa lama usia perkahwinan anda. Malah semakin lama anda bersama sepatutnya semakin rapatlah hubungan anda bukannya saling menjauh. Kebersamaan boleh mengeratkan kasih sayang.
7. Menjaga perasaan tenang dalam kehidupan isteri
Suami yang bertanggung jawab akan sentiasa memberikan perasaan aman dan tenteram terhadap isterinya. Dan selalu menyelesaikan masalah rumah tangga secepatnya.
8. Memahami gelora jiwa isteri
Wanita mudah mengalami perubahan emosi, suami mesti menerima hakikat perubahan emosi isterinya. Dan bertolak ansur agar jangan cepat menghukum isteri yang berubah angin tiba-tiba, mungkin hal ini disebabkan perubahan hormon dalam dirinya, janganlah dimarahi. Sebaiknya tanyakan secara lembut kenapa dia marah atau berubah emosi tiba-tiba.
9. Membina kerjasama yang baik
Suami mestilah boleh dibawa berbincang bukannya menggunakan kuasa veto dalam menentukan apa-apa yang diinginkannya.
10. Memenuhi keperluan peribadi isteri
Wanita mempunyai sifat yang khusus dan mempunyai keperluan peribadi masing-masing. Jangan bandingkan isteri anda dengan wanita lain yang tentunya memiliki keperluan peribadi yang lain dari isteri anda.
Semua perkara yang dituliskan ini memang nampak mudah saja untuk diamalkan. Namun, hakikatnya ramai para suami diluar sana yang seringkali lalai @ tidak serius dalam mempraktikkannya.
Realitinya, ramai para suami yang tak pandai nak menjaga hati isteri. Seorang suami yang baik perlulah bersimpati dan mempunyai rasa kasihan terhadap isteri. Tambahan pula dalam dunia moden sekarang ini, yang memerlukan isteri juga keluar bekerja sama seperti suami.
Kalau isteri tidak bekerja sekalipun, suami perlu memahami bahawa kerja seorang surirumah tak pernah habis dari pagi sampai malam. Cuba bayangkan tekanan perasaan yang mesti dihadapi isteri setiap hari. Mendidik @ melayan karenah anak, melayan suami, mengemas rumah, memasak, sapu lantai, basuh pinggan, gosok baju dan bermacam lagi kerja rumah.
Wajarkan seorang suami hanya duduk melepak, baring-baring depan TV, membaca surat khabar, bermalas-malasan baring atas sofa dan minta dilayan isteri saja? Sedangkan isterinya juga penat bekerja ditambah dengan pelbagai kerja rumah yang perlu dibereskan.
Semoga semua para suami di luar sana.marilah kita sama-sama cuba untuk bertolak ansur dan saling membantu (suami & isteri) agar rumahtangga kita aman bahagia selamanya insyaAllah.

Sunday, January 15, 2012
Panduan Cara Memohon Hajat di Tunaikan
credit to pakarhowto blog.
Tips ni sy amik dr blog, just utk panduan rakan2.
kite hanya berusaha, tapi yg len2 kite serahkan kpd Allah.
Untuk tunai segala hajat: (contohnya hajat percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nya):
Duduk menghadap kiblat (dalam keadaan berwudhuk)
Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala laungan azan “Allahuakbar” yang pertama, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa agar segala yang dihajati diperkenankan.
Lakukan amalan ini sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Lakukannye dengan khusyuk dan yakin yang Allah akan membantu kita.
Hanya pada ALLAH kita sembah dan kepadaNYA juga kita mohon pertolongan. Sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIHANI.
Semoga dapat amal.

Wednesday, January 11, 2012
tips suami isteri bahagia
Berikut ini dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk jadikan rumahtangga yang dibina agar sentiasa harmoni dan bahagia. Sila baca dan amalkan;
Tukar Paradigma kolot. Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama dengan keluarga. Ianya satu kemestian dan satu tuntutan.
Suami isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik. InsyaAllah suasana-suasana yg indah mudah dijalinkan. Perbanyakkanlah berdoa selalu kepada Allah.
Sebagai suami isteri, hubungan yang wujud di antara keduanya bukan hanya sekadar suami dan isteri, tetapi mestilah berusaha menjadi pasangan kawan karib yang cukup rapat supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan dapat juga menghindari rasa malu yang melampau.
Kita mesti belajar untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan orang lain khususnya di dalam konteks rumahtangga.
Allahyarham P.Ramlee pernah mendendangkan sebait lagu yang berbunyi, “Perkara lama jangan dikenang…” Itulah hakikat yang mesti dilakukan. Tidak wajar untuk menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap pasangan kerana ia akan merugikan kita kelak.
Komunikasi juga memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membentuk hubungan romantik di antara suami isteri. Perbanyakkan pujian, nasihat yang penuh hikmah supaya kata-kata yang diucapkan itu tidak menyinggung perasaan pasangan kita. .
Perkara yang jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan. Perkara yang mudah seperti, amalkan senyuman sewaktu pulang dari kerja, memperbanyakkan sentuhan seperti di bahu, di kepala, di tangan dan sebagainya. .
Meluahkan apa yang terpendam dengan terus terang. Jangan terlalu memendam perasaan. Mungkin pasangan kita tidak tahu atau mungkin memang sengaja tak mahu tahu, tetapi yang penting berterus teranglah.
Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama “candle light dinner” atau memberikan hadiah penghargaan khas.
Apabila keluar bersantai, beriadah mahupun bersiar-siar, amalkan berpegangan tangan kerana ia akan merangsang emosi kita dan memberikan keyakinan kepada suami isteri.
Suami atau isteri mestilah menegur setiap kesilapan yang dilakukan di antara mereka, dan bukannya bersekongkol dengannya. Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah menyampaikan teguran dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Sebagai seorang suami ataupun isteri, jangan terlalu mengongkong pasangan anda. Mereka juga mempunyai hak untuk bersosial bersama dengan kawan-kawan dan masyarakat
Segala kerja-kerja di rumah tidak seharusnya dibebankan kepada bahu seorang individu sahaja. Kerja-kerja rumah merupakan kerja jamai’e atau kolektif di antara suami isteri.
Sekiranya suami dan isteri sudah mempunyai anak, ajarlah anak-anak itu semenjak dari kecil lagi untuk menghargai kasih sayang ibu bapa.
Hubungan seksual yang sihat dan sempurna juga mampu mengukirkan dan mengekalkan keseimbangan seterusnya mencambahkan suasana romantik dan kasih sayang di antara suami dan isteri.

Wednesday, January 4, 2012
5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi

article ni sy amik dr blog TENTANG CINTA- credit to the blog..
Posted: 03 Jan 2012 06:30 PM PST
Kami ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 khas kepada semua pembaca dan peminat Tentang Cinta sekalian… -Mr & Mrs Teddy-
Yang bergelar lelaki, apakah hadiah yang biasa anda berikan kepada pasangan anda pada hari jadi si dia?
Well, memang selalu kita doakan agar si dia panjang umur, dimurahkan rezeki, dan sebagainya. Tetapi, apa maksud saya adalah, apakah benda atau barang yang anda berikan kepada si dia sempena menyambut ulang tahun kelahiran kekasih anda itu?
Jika anda masih blur blur, atau lupa, tidak mengapa. Di sini saya akan kongsikan dengan adan semua, lima hadiah yang paling disukai wanita sempena hari jadi mereka berdasarkan daripada respon yang diberikan di fanpage Tentang Cinta.
1.Coklat – Saya rasa jarang perempuan suka makan coklat ni. Alasan yang paling kuat mereka berikan adalah, takut gemuk. Tetapi daripada survey yang dibuat di fanpage kami, ramai wanita memberitahu bahawa mereka gemarkan coklat sebagai hadiah hari jadi. Mungkin coklat seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini.
2.Bunga – Perempuan mana yang tidak sukakan bunga, betul? Walaupun sekuntum bunga ros diberikan kepada mereka pun sudah cukup buatkan mereka gembira terangkat terbang ke langit. Tetapi adakah anda tahu setiap bilangan kuntuman bunga ada maksudnya yang tersendiri? Baca artikel kami ini, Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros, untuk dapatkan maklumat tersebut.
3.Teddy Bear – Daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya gemuk, buncit, dan perutnya sedap dipeluk. Oh ya, saya pun ada berikan Mrs Teddy sebuah anak patung teddy bear yang buncit, dan gemuk. Tetapi sekarang ni perut teddy bear tu dah jadi kempis dipeluk oleh Mrs Teddy. E..ganas! Hehehe..
4.Jam Tangan – Bagi sesetengah orang, hadiah jam tangan adalah mahal. Tetapi mungkin dalam 5 atau 10 tahun sekali, kalau anda ada duit lebih, bolehlah belikan jam tangan kepada si dia sebagai tanda kasih sayang kepadanya. Kalau hendak jimat lagi, belilah jam tangan couple. Anda dapat satu, si dia pun dapat satu.
5.Buku (novel) – Perempuan memang suka membaca novel. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka langsung tak pernah membacanya. Buku seperti novel merupakan di antara hadiah yang digemari oleh wanita. Tetapi tidak semestinya novel sahaja yang boleh diberikan sebagai hadiah. Anda juga boleh berikan buku lain seperti buku keagamaan atau buku yang berinformasi seperti, Indahnya Hidup Bersyariat, dan juga Hebatnya Kuasa Istikharah.
Jadi, itulah di antara lima hadiah yang paling digemari wanita sempena hari jadi mereka.
Jika hari ulang tahun kelahiran pasangan anda semakin dekat, apa kata anda ambil salah satu daripada hadiah di atas untuk diberikan kepada si dia. Saya percaya si dia pasti akan teruja dan gembira sangat-sangat. Tetapi jangan sampai anda terkantoi ambil tips dalam artikel ini pulak, sudah la ye..
comment sy mengenai hadiah2 yg di syorkan di atas..
coklat, bunga, bear
ye adiah2 tersebut mmg relevan sgt sebagai hadiah.
tp jika utk suke2 atau bkn sebagai hadiah utk hari besar.
mmg xjd masalah. tp bg sy, klo utk sambut hari2 besar sperti befday, anniversary.
mmg xbebaloi klo hanye bg brg2 tersebut. cube laa beri adiah yg jarang skali org bg.
br la nampak sket hari besar tu sgt bermakne. cnth hadiah seperti baju kurung yg sgt cantik sesuai utk hari perayaan ke. bkn ke tu lg bermakna.
jam tgn atau dompet?
sume org ble berkapel akan beri hadiah jam tgn atau dompet kpd pasangan.
ini mmg xdinafikan. terutama jika kite bercinta di zaman bujang+kurang mempunyai duit. so adiah yg agak mhl bg kite adalah brg2 tersebut.
so bg sy, adiah ini tidak sesuai di berikan setelah anda berkahwin, tidak sesuai utk diberi sempena hari besar seperti befday atau anniversary suami atau isteri anda. melainkan jika anda dpt bonus pd bulan itu. dan saje2 hendak berikan adiah. jam atau dompet atau handbag bolehla masuk akal. ini kerana, xmustahil zaman anda becinta
dulu2 dgn bekas kapel2 anda, anda telah pon memberikan adiah ini. so, adiah ini dah xnampak keistimewaannya lg2 jika di beri sempena befday isteri atau suami kesayangan anda. jika xpercaya, sila tanye diri anda, berapa kali anda berkapel sebelom kahwin, dan brape kali anda hadiahkan jam tgn atau dompet kpd pasangan anda? cth hadiah utk menggantikan ini, sy rase yg terbaik adalah handfon blackberry, iphone atau pon
alat2 electronic yg len.sgt berbaloi jika kite berikan ini sume, kerana si dia sudah pasti adalah pasangan kita selamanya dan telah menjadi hak kite. so rase xmembazirkan jika kite beri adiah2 tersebut wpon mhl. cube bygkan klo anda berikan hadiah ni semasa anda bercinta sewaktu bujang, tup2 selepas beri kan iphone berharga 2k. couple anda tidak mahu bernikah dgn anda, ataupon semase anda bercouple, tp couple anda curang dan menduakan anda. kemudian, iphone yg anda berikan, di tayang2 kan pula ke pasangan nye lg satu tanpa pengetahuan anda kononnye dia bli sndri.sakit ati x klo anda tahu?? haha..renungkan..
lagi cnth hadiah yg menarik dan sesuai di berikan utk perempuan?
pandangan sy,adiah berbeza2 utk yg belom berkahwin dan juga yg dah berkahwin.
dan bg sy adiah2 yg diberikan utk yg belom berkahwin sgt sesuai diberikan bg yg dah berkahwin utk meraikan sesuatu yg tidak terlalu penting tetapi tidak sesuai diberikan bg meraikan anniversary.hehehe..

Thursday, December 22, 2011
SABAR MENGHADAPI CUBAAN
WASIAT RASULULLAH UNTUK MUSLIMAH
Wahai saudari muslimahku, sudah pasti setiap orang akan menghadapi dugaan dan cubaan di dalam hidup ini. Di situlah akan tergambarnya tahap keimananmu. Adakah kamu sabar atau tidak redha dengan takdir yang ditentukannya?.
Dan, di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang belayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Nya) bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur. (Asy- Syura:32-33)
Kita akan mendapati bahawa Allah akan memuji orang2 yg bersabar dan menyanjung mereka sebagaimana firmanNya: Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang2 yang benar (imannya) dan mereka itulah orang2 yang bertaqwa. (al-Baqarah:177)
Kita juga akan mendapati bahawa orang2 yang bersabar adalah orang yg dicintai Allah, sebagaimana firmanNya:Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. (ali-Imran:146)
Juga akan mendapati Allah akan memberi balasan kepada orang2 yg bersabar dengan balasan yang baik. FirmanNya: Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang2 yang sabardengan pahaka yang lebih baikdaripada yang telah mereka kerjakan. (Al-Nahl:96) Dari Abu Sa’id Al-Khudry dan Abu Hurairah r.a, keduanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhuatiran mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya.
Sabar menghadapi sakit, menahan lidah agar tidak mengeluh, dan sebagainya merupakan bekal bagi orang Mukmin dalam perjalanan hidupnya di dunia.
Justeru itu, perbaharuilah imanmu dengan lafaz la illaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah dengan cubaan dan dugaan yang di kurniakan padamu. Janganlah sekali-kali berkata: ‘Andaikan hal ini tidak terjadi’, tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali di sisi Allah SWT.

Subscribe to:
Posts (Atom)