alfea qwaisya

alfea qwaisya

Thursday, December 22, 2011

SABAR MENGHADAPI CUBAAN

WASIAT RASULULLAH UNTUK MUSLIMAH

Wahai saudari muslimahku, sudah pasti setiap orang akan menghadapi dugaan dan cubaan di dalam hidup ini. Di situlah akan tergambarnya tahap keimananmu. Adakah kamu sabar atau tidak redha dengan takdir yang ditentukannya?.

Dan, di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang belayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Nya) bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur. (Asy- Syura:32-33)

Kita akan mendapati bahawa Allah akan memuji orang2 yg bersabar dan menyanjung mereka sebagaimana firmanNya: Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang2 yang benar (imannya) dan mereka itulah orang2 yang bertaqwa. (al-Baqarah:177)

Kita juga akan mendapati bahawa orang2 yang bersabar adalah orang yg dicintai Allah, sebagaimana firmanNya:Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. (ali-Imran:146)

Juga akan mendapati Allah akan memberi balasan kepada orang2 yg bersabar dengan balasan yang baik. FirmanNya: Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang2 yang sabardengan pahaka yang lebih baikdaripada yang telah mereka kerjakan. (Al-Nahl:96) Dari Abu Sa’id Al-Khudry dan Abu Hurairah r.a, keduanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhuatiran mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya.

Sabar menghadapi sakit, menahan lidah agar tidak mengeluh, dan sebagainya merupakan bekal bagi orang Mukmin dalam perjalanan hidupnya di dunia.

Justeru itu, perbaharuilah imanmu dengan lafaz la illaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah dengan cubaan dan dugaan yang di kurniakan padamu. Janganlah sekali-kali berkata: ‘Andaikan hal ini tidak terjadi’, tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali di sisi Allah SWT.

Wednesday, December 21, 2011

celebrate tamat latihan bomba








smbungan dr post sebelom ni..
setelah majlis tamat latihan selesai..
masih xdpt spend time dgn si suami sbb dia kene g makan tengahari plak di hotel..
so sementara menunggu, kami pon bergerak ke masjid kristal utk jalan2..
smpi di masjid kristal dan taman tamadun islam, kami perkena nasi dagang dlu.
taman tamadun islam ialah di mane terletaknya replica senibina islam yg cantik2.
sebijik mcm yg asal cume saiz dikecilkan sikit tp masih mampu menampung lebih 50org sekali masuk. tgh syok mkn dtg pakcik pengurus taman tamadun islam tu jmpe my dad.
then dia borak2 skali kemudian dia blanje kami mkn dan blnja full pakej cruise melawat tasik di pulau war man + nek buggie car beserta tourist guide pusing2 taman tamadun islam.
menarik sungguh. hee. tp yg xbesnye kami hanya smpt trun di replica taj mahal je. sbb dah ujan. so just jln2 dgn buggie car je. jam 2pm familyku dah bergerak blk ke kl. tggl laa aku check in ke hotel primula resort smbl menunggu my hubby. tggu punye tggu jam 6 br dia smpi.
kami pon kuar g dinner dgn family nya di pantai batu buruk sementara family nye tggu fl8 jam 8pm. selepas tu kami berjalan2 pusing2 kuala tengganu g cr tempat nak mkn seafood. bile smpi kat restaurant seafud shelly yg mmg famous laa di tengganu yg kononnye sdp, tp kami xjd mkn sbb ramai sgt org lgpon memandangkan ketam xde hehe..
kemudian kami bli kfc dan mkn dlm bilik hotel je..
keesokkan hari nya, memandangkan hotel kami. primula hotel resort terletak di pantai batu buruk so selepas bfast kami bermain2 kejar2 di pesisiran pantai batu buruk je.
dan celebrate my hubby di restaurant hotel itu hee..

kucing ku ilang lg...

tanggal 11 disember 2011...

kucing itam ku ilang lg..
smggu pegi keje lewat gara2 cari dia kat halaman belakang umh..
tp mmg xjmpe.
sape punye keje laaa ni.
komfem org kidnap.
sbb antara 4 ekor yg aku br adopt ni..
dia yg plg kiut miut..
mulanye ingat dia boleh jd pengganti black.
sbb color, bulu dah lebih kurang mcm black.
rindu black.dlu black pg2 ske ckp " aeyok, aeyok, aeyok" hehe.
dan suke tido dlm singki dan slow cooker aku
rindu nye kat black..
tp skang black kedua plak hilang,
pasni xmo dah bela si kucing hitam asek ilang je,
pastu aku gak yg sesak nafas..
buat manusia di luar sane..
klo bebtul nak sgt kucing, dtg laa mintak dgn sopan. jgn men kidnap je.
xske btul. kite yg risau smpi berminggu2.sedey, rindu..
klo bgtahu dan mintak dr aku baik2 boleh gak koling2 tanye keadaan kucing ku..
huuuu... :(

konvo bomba selesai

alhamdulillah..selesai sudah majlis tamat latihan(convocation) si suami..
kini suamiku bergelar Tuan Aizil di balai bomba(yg masih xtahu posting dimana) hehe..
segalanya berjalan lancar sekali.xde banjir, hujan pon xlebat sgt.
family aizil berangkat awal2 pg lg menaiki kapal terbang ke terengganu.
manakala family kami menaiki kereta pd jam 12pm dan tiba jam 10pm di kuala terengganu.
memandangkan kami tesangat lah penat kerana singgah menyinggah di kuantan.
so kami xdpt la teruskan pejalanan kami ke homestay yg kami sewa di kuala berang.
tp kami sggh di angullia resort http://www.angulliaresort.com/angullia.htm
bes bermalam di sini.sgt sejuk dan sgt kuat angin. ombak smpi ke dlm bilik.maksudnye klo tsunami mmg komfem kami mati dlu.mmg xlena tdo sbb cuak takot ombak xblk ke pantai hehe.
kami amik satu house yg berasingan 3 bilik. utk kami ber7 mmg muat lah.
dan mlm tu kami cube la cr jalan ke akademi bomba wakaf tapai supaya esok xla sesat2 nak g pg2. lebih kurang stgh jam smpi dah ke akademi. so xde la jauh sgt.
esok nye kami bgn jam 630am. dan bertolak ke akademi jam 730.
tepat jam 8 dah smpi dan kami mengambil tempat betul2 di belakang vip.
perbarisan kawad masuk oleh si suami dan rakan2 nye pada jam 820.
berbagai bentuk kawad dan di pertunjukkan. teruja kami tgk sbbnye mmg susah juga laa nak wat cantik dan teratur mcm tu.
setelah perbarisan selesai, disambung dgn ucapan dan pertunjukan aksi menyelamat mangsa terperangkap di tgkat 5 dan juga aksi memadam kebakaran.
aku ni rabun. so aku xde la nampak sgt hee..
setelah sume nye selesai. acara menganugerah sijil kepada yg terbaik pon berlangsung dan mengakhiri majlis tamat latihan dgn jayanya.

Tuesday, December 20, 2011

konvo bomba

barisan pertama, 3 dari kanan dlm gambar adalah suami ku. pergerakan kuar padang.





dato' kp : wan mohd nor bersalam dgn ayahanda ku hehehe...
alhamdullillah selesai sudah latihan selama 8bln huhuhu...

Thursday, December 8, 2011

konvo bomba @ majlis tamat latihan

19hb dec.. adalah hari yg di tunggu2 aku dan en suami.majlis tamat latihan atau convocation si suami akhirnya kian tiba. ini bermaksud dah xlame je lg aku dan suami akan dpt hidup sebumbung.tp cop..tu pon xpasti lg boleh ke tidak sebumbungnya. 19ni gak la penentu nye tempat posting en suami. semoga dia akan di tempatkan di selangor atau kuala lumpur. sng laa aku utk folo nye.tp apepon keputusan, aku tetap gembira kerana lepas ni kami boleh berjumpa ble2 mase, tak perlu takot2, xperlu sorok2 utk berjumpe lg dan xperlu tggu annoucement " ok mggu ni family boleh dtg melawat" yg hanye 3x je annoucement tu aku terima sepanjang 8bln suami ku bertraining di kkb dan wakaf tapai. alhamdulillah..saat di tggu akan tiba..tp dengarnye selepas konvo, mereka perlu menyambung kursus induksi yg diwajibkan selama 3 mggu. aduhai..blom tamat lg penderitaan ini..jiwa tertekan sbnarye kerana dlu, kabarnye 22 dis akan tamat segala. dan aku dan family akan mengadakan family trip ke kota kinabalu. tp nampak gayanya. family trip kali ni juga, aku akan pergi tanpa suami di sisi. ujian Allah. mungkin Allah akan berikan sesuatu yg baik jika aku redha dgn ketentuannya. mane tahu tetbe kami dpt durian runtuh g eropah ke kan sape tahu..haha..ok..ape yg penting..19hb ni..cpt laa berlalu..utk 19hb ni..aku dan family akan ke terengganu. masalahnya aku ade xm plak pada 17 dan 18dis. oleh itu, plg cpt aku dpt pegi pon 18hb mlm. oleh kerana family aku xkonfem2 samaada mereka nak pergi atau tak dan xtahu sape yg akan pergi. so, aku telah push2 en suami utk crkan hotel dan transport utk aku. sbb aku risau aku xdpt same2 raikan konvonya. subuh2 aku dah kol, mintak dia buking hotel. akhirnya hotel primula beach resorts telah en suami buking utk isterinya ini. cume masalah skang, jika tetbe family ku jd pergi mcmane? mereka nak bermalam kat mane? xkan aku kat hotel sorang2 dan family aku kat homestay pulak? aduh kco ni.sape boleh tlg aku wat kputusan? penin sungguh idup aku ni. ok mlm ni xyah tdo. sbb nak pk kan solution yg terbaik utk ini. hee.masalah transport juge blom setel lg. xtahu nak nek kete bp biji atau nek kapal terbang je?

Wednesday, December 7, 2011

gambar & video kahwin

Alhamdulillah..gambar majlis pernikahan dan majlis resepsi telah pon siap.
berpuas ati?
klo nak berpuas ati. kene laa wat sndri. ni org wat. kene redha laa dgn hasil org.
hasilnya agak memuaskan.cuma yg aku xpuas ati dr segi sususan gambar dan pemilihan gambar.
ade gambar yg aku rase xsepatutnya ade. dan ade juga susunan yg bkn pada tempatnya.
well secara keseluruhan, aku rate kan 7/10 i

Sunday, November 20, 2011

sume ade dugaan

smlm kami ade reunion geng men batu seremban darjah 4 dlu..
haha..kami berenam mmg ske men batu seremban mase kat klas dlu..ade lg geng2 tp ade yg xdpt dtg plak...kami ni xkire exam pon kami men gak..
i, aine, tta, munie, fatin and nadiah..
sonok sgt dpt jmpe smula..masing2 dah ade kerjaya masing2...
borak pon ala2 matured cte pasal kerjaya, family dan mase dpn chewah..
since, antara kami munie and nadiah dah ade baby boy sorang, i n tta pun dah bersuami,
manakala aine dan fatin masih single..
mase borak2 rupenye..
bukan i sorang je ade masalah yg i rase sgt berat..
rupenye setiap org ade masalah masing2...
tta sebagai doc, kate dia skang tgh didlm dilema sbb nak kene transfer hospital ke nilai n9.
suami lak xdpt transfer so..same kot mcm i..
i pon suami xstabil lg..xtahu posting kat mane lg..
aine lak..keje masih kontrak..dgn masalah kesihatan lg..aduh parah gak tu..
ok masing2 mmg ade prob masing2..bkn i je ade masalah..
jgn sedey..hee..sbb Allah kan fair..
so dia akan beri sume org kebahagiaan dan dugaan...
tp...
knape i dan suami kami masing2 asek di tindas di tempat keje..
meraka mcm dengki kan kami..
aizil pon dipulau dan di hentam di tempat keje...
begitu juge i..org dengki kan i..dan cube jatuhkan i dr blakang..
aduh besar juge dugaan ni..
doakan kami agar kami kuat utk harungi sume ni..
xsbar rase nak tggu mase blalu cpt2..
2thn akan dtg?? ape plak ye yg blaku??
adakah i dah bhagia tanpa sebarang dugaan dan masalah?? huuu...
hanya Allah je tahu..

Wednesday, November 16, 2011

pre-honeymoon-kuching-pasar satok&satok&sarikin

satok adelah kawasan yg berhampiran dgn waterfront.
di sini mmg byk tempat2 mkn dan masjid.
kedai2 makan disini insyaallah halal kerana mase i pegi aritu hari raya aidiladha.
sume kedai makan yg i nak g ttp pada haritu.
dan org di kuching bgtahu, kedai org islam akan ttp pada hari perayaan.
kedai makan yg i maksudkan adalah :
1. coffee 0 corner
2. wisma satok
3. one corner bedekatan dgn bangunan ambank yg tggi tu
4. kedai makan kat belakang hotel arif xingat nama
5.
pasar satok terletak berhampiran wisma satok, selepas stesyen minyak dan sebelum jambatan sebelah kiri anda.
merupakan pasar ujung mggu (sabtu ahad) yg bermula petang hgga jam 10mlm
kat cni kite boleh bli barang2 basah, buah2an, makanan, pakaian, souvenir2 sperti keychain,
dan byk lg barang2 yg boleh di cari.
lg satu pasar yg ade.
pasar sarikin. pasar ni dibuka pada hari sabtu dan ahad. pada waktu siang.
tempat agak jauh dr kuching, mkn mase 1jam30 minit utk smpi ke sana.
barang2 yg byk dijual di sini adalah brg2 dr indon seperti telekung, baju2, souvenir pon ade.
tp pasar ni sesuai dgn org pompuan kot.org pompuan yg suke bli2 brg byk2 ni..

Tuesday, November 15, 2011

oh suamiku sgt baik

ape isteri mahu?
msti la kite mahukan perhatian, kasih sayang, kepercayaan, kesetiaan dan tanggungjawab dari suami kita.alhamdulillah..kini i dah miliki sume itu.
i diberikan seorang suami yg benar2 sayangkan i.
sanggup berkorban ape saje demi i wpon jauh disudut hati nye sakit atau
payah nak lakukan. termasuk menggembirakan ati i wpon dia berat dan susah utk lakukan saat tu.i tahu..klo ikotkan dia. mase dpt cuti dua hari mahunye dia berehat di rumah dan tdo.lagi2 time ari raya.tp kerana i teringin nak berjalan2. dia gagahkan juga dirinya utk bawakan i pergi jalan2.terima kasih sayang. sungguh besar pengorbanan itu.
dan sesungguhnya wpon setelah kami bernikah sehingga ke hari ini kami tidak dpt tggl sebumbung dan berjumpa setiap hari, tapi perhatian dan tanggungjawab nye sikit pon xpenah di abaikan. mmg di awal kursus(selama 4bulan)dlu dia xdpt kontek i pon, sbb fon dan segala alat perhubungan di rampas dan dia terlibat dgn aktiviti berat setiap mase.
tapi setelah dia mendapat pelepasan menggunakan hanfon dan internet di tempat kursusnya.
i mmg mendapat sepenuh perhatian darinya.
pg2 celik je mata, i akan terima sms drnya wish gud morning.sepanjang perjalanan i ke tempat kerja, dia akan kol i jika berkesempatan,jika tak dia akan anta sms. setiba i di ofis, dia akan sms dan bertanyekan i, sepanjang dia di dlm kelas, dia akan keep message i,pd waktu lunch dia akan hubungi dan tanye i mkn ape, selepas lunch dia akan msg dan tanye keadaan i, setelah dia tamat kelas dan i dlm pejalanan blk keje dia akan msg2 dan kol i, dan kami akan terus berhubung sehingga waktu maghrib, waktu mkn i mmg sentiase dia titikberatkan, mlm nye kami akan bervideo call sehingga lah kami tdo..alhamdulillah..wpon jauh..i sentiasa mendapat perhatian dan dia ttp bertanggungjawab dgn i.seperti menjaga i disisinya dan terase dia sentiase di sebelah i. i sgt2 terharu, bahagia dan gembira dgn kehadiran dia di dlm idup ini.
sejak bernikah, dia menaruh sepenuh kepercayaan kepada i.begitu juga i.i tak perlu ragu2 lg.
dan i sgt pasti dia tidak akan sesekali melukakan ati i. dan dia sgt pandai menjaga batasan pergaulan dan dirinya. i sgt pasti dia terlalu jujur ke atas i sehinggakan dia terlalu cuak jika ade perkara yg i akan merase xsng ati. cpt2 dia akan explainkan segalanya. wpon i blom pon pk kan apepe.lucu dan seronok sgt rase.smpi i plak yg pelik ble dia xplain sdgkan i xtahu pape pon. aritu tetbe dia msg ckp," i ckp dgn dia sbb nak tahu cerita sbnar pasal kes aritu je, xde pape yg len pon." i blur.ape mende ni? las2 br i tahu, rupenye dia chating dgn gal kat tmpt kursus nya. tp dia inform i cpt2 b4 i tanye. hee. sgt terharu. kemudian, pasal gambar. dia anta gmbr bergambar ramai2 tp ade gal juga dlm gambar tu. mmg mule2 i tgk gmbr tu rase kurang bes jugak, tp i cube pk positif. xpela mungkin kebetulan bdk tu pon ade skali. tp tetbe dia msg i, explain pasal gambar tu, dia kate dia xajak pon dak2 gal tu masuk. tp diorang tetbe toleh nak masuk skali dlm camera. hehe..i xtanye pape pon lg sayang. sronok sgt rase ble di layan begini. blom smpt susah ati, dia dah cube tenangkan. dan segala permintaan i, mmg pantas skali dia tunaikan. sejak bernikah dgnnya, i mmg tidak bersosial lg, muvi, mall, sume i ketepikan. dan i byk duduk2 dirumah, blk keje i akan terus blk umh dan tggu dia hubungi i. dlu, telefon i jarang benar di charge tp skang, i akan pastikan telefon sentiasa ade betri, sbb i xnak terlepas walau satu panggilan atau terlambat reply msg nya.sungguh indah bercinta lps kawen kami. gado? mmg jarang sgt. boleh dikire. slalunye gado pon time i pms je.dan klo terase ati pon, i akan cube simpan sorang2.dlu klo i terase, blom apepe mmg meletus laa pergadohan. tp tak lg lepas kami dah bernikah ni.alhamdulillah. berjaya juga i berubah seperti yg i impikan utk tidak menyusahkan atinya. dan i terharu sgt wpon kami tidak dpt tggl bersama, tp dia tidak lupe memberi nafkah kepada i.wpon hanye yg termampu dia beri. tp i bersyukur sgt2 kerana dia tidak lupe utk berikan i nafkah.bertuah rase bdn ni dpt bersuami kan aizil elias hee..alhamdulillah.syukur sgt2..terase berade di syurga ble kite menjadi yg pertama dlm hidupnya..i love u so much suami ku aizil elias..

kahwin oh kahwin

ujung April 2011
sedang duduk2 makan kat meja makan dgn family i...
tetbe diorang tanye, "man, dah 26 dah..bile nak kawen?
baba mama pon dah berumur..bek kawen cpt sementara sume ade.."
i pon jwb ermm..
ok..ble boleh?? mirah(adik i yg blaja kat UK) blk bln 9 kan?? so wat bln 9 la..ok tak? haha..
secara tak sengaja i terjawab mcm tu..
pastu mereka kate.."ok je"..
pastu i kire bulan skang bln 4, bln 9 lg 4 bulan?? ayakk...biar benar..
ptgnye i sms aizil...
" b, nak kawen tak?? bln 9 ni?? hehe" ringkas tp padat dan bermakna...
aizil jwb "btl2 ke?? xde angin tetbe je" hee..
tu la org kate, kahwin ni bkn kite yg tentukan..
tp jodoh pertemuan sume Allah yg tetapkan..
so .. komfem laa majlis kami akan berlangsung pada september...
permintaan i..xmo tunang..nak kawen terus..tp family i nak tunang dlu..
so kami bertunang pada 8 mei 2011..tp ...
yg sedey nye..aizil xdpt hadir kerana dia dah pon g training bomba kat tengganu..
ok kami ade kurang 2mggu utk prepare majlis tunang..
gle ke ape?? mane nak cr bj?? hahaha...

Monday, November 14, 2011

gosip dan cakap belakang

kat mane2 aku g..msti ade org yg perangai suke ckp2 belakang..
terutama skali "gal"..yes..itu mmg sifat semulajadi terbaik perempuan yg mmg susah sgt mereka nak kikis..itu juge punca nya aku plg xske berkawan dgn gal..
dlu mase tempat kerja aku yg pertama..aku di kelilingi kakak2 dan makcik2..
mulut mmg xpenah diam duk cerita hal org len..
ble aku xmasuk campur..aku plak jd bahan ckp diorang..kate aku xnak join dan kwn dgn diorang..padahal aku yg mmg sengaje nak mengelak dr bertemu dan
bermesyuarat xrasmi diorang tu..
then..bile aku pndh ke ofis len plak..
xjauh beza nye..nama pon perempuan..mmg xpenah berubah..
hari pertama lg..aku kuar mkn dgn akak2 ofis tgk2 dah buke cite pasal gosip dah..
aduiyai..bertuah betul..td dlm ofis aku tgk ok je dgn mangsa..
borak sakan je..tp kat blakang rupenye duk balun abes..
ape punye manusia huuu...byk benar species mcm ni..
and skang ni..company ke3 yg aku join...
kes mmg same..xberubah..tp ni up cket..
bkn stakat ckp belakang+gosip+mengata tp include skali dgn kurang adab dan tak beretika..
tahu laa berpangkat dan gaji besar...
tp ayat, tuturkata,adab dan emosi kene laa jaga...
cara nak mengajar, menegur, kene laa ade budi bicara nya..br la org sng nak komunikasi dgn kite.dan org pon epi dgn kite.pantang betul laa org ckap xberadab ni...
ini laa dunia kerja plg teruk yg aku penah rase. mmg sgt pelik..
sorang ni..dengki kat aku..mcm2 wat nak bg aku down..
sorang lg ni ayat mmg xde insurans..
yg plg xboleh bla..suke sgt ckp blakang..kutuk2 org kat blakang org..
diorang xtahu ke..alfitnahtu assyaddu minal qotl..
kdg2 klo kite ckp byk2 blakang org..xsmesti nye ape yg kite ckp tu benar..
so kalo salah xke dah jd fitnah..tp kalo pon benar..bende tu dah di kire mengumpat plak..
so ... yg penting..xyah bz body hal org dan.. xyah laa cte pasal org len..
bek cte pasal kucing ke..pasal harimau ke atau binatang2 di zoo yg kene tahan tu..

Tuesday, November 8, 2011

pre-honeymoon-kuching-waterfront&keklapis

sape pegi kuching msti patut pergi waterfront..
sbb angin ptg2 kat cni sdp je..dan hotel2 juge mmg byk kat cni
dan utk dapatkan brg2 souvenir ade jual kat kedai dpn waterfront.
klo nak hotel yg betul2 dpn waterfront ialah hotel holiday inn dan hilton..
klo kite nak g kg boyan iaitu kg seberang yg ade jual kek lapis tu kite ley nek boat dr waterfront ke sane. bayaran yg dikenakan 0.50sen. tp klo reti berenang bek berenang je tp xley nnt kene tangkap kang hehe.sbb dkt sgt2 nak seberang nye.mcm rugi je byr 0.50sen tu hehe..boleh park kete kat area busstop & 7eleven.
kat kg boyan tu ade byk booth2 jual kek lapis..tp yg femes kat c2 mira house kek lapis.aku ade laa gak rembat 5ketul percuma 1 kek lapis.
sbb kek lapis dia lembut dan basah. tp klo tgk kat forum2. ramai org suke g ke dayang salhah.
bg aku, kek lapis dayang salhah keras sgt dan kering. cpt muak dan xbape kene dgn taste aku.
tp kek lapis kat afifi plak, org kate kek lapis yg ley thn lame. sbb kering gak kot.aku xcube plak kek lapis nye. so klo g serawak jgn lpskan peluang gi seberang waterfront utk bli kek lapis ye..harga paling murah sebungkus rm10. tu pon dah sgt sdp dah boleh dpt kat mira house.
kedai2 kek lapis ni buke dr pg smpi jam8 mlm. so g awal2 kalo xnak kek lapis kegemaran korang abes..



pre-honeymoon-kuching-pullman hotel

pullman kuching hotel & resort..
tu laa tempat kami menginap sehari kami di kuching.
wpon prehoneymun express kami hanye satu hari tp byk juga kenangan dan pengalaman yg kami tempuhi hehe..

pullman kuching hotel adalah hotel 5stars yg baru di kuching yg harga nye sgt2 berpatutan..
kami memilih duluxe room sbb suke sgt dgn bilik mandi dia yg ley tgk view dr puncak hehe..
pullman kuching sgt strategik.sgt dkt dgn tempat2 wajib pergi di kuching.
1. waterfront - hanye 200m je(kami mls so kami nek kete juge hehe)
2.kedai makan seafud terkenal di kuching. topspot(atas parking seperti dlm gambar)..
dlm ni ade kdai halal,ade yg tak halal so..beware ok..tp i xsmpt pon g mkn kat c2..
smpt jenguk2 je..wpon ia betul2 teletak di blakang pullman hotel.
3.tugu kuching- ade kucing2 gemuk besemadi di situ sbgai tugu.sape g kuching komfem akan bergambar dgn kucing2 tesebut sbgai tanda dah jejak kuching hehe..
4.ade kedai mkn juge kat tepi waterfront, nak mkn meekolok(mee kat serawak) atau laksa serawak pon ade juga..
5. Mall2..parkson pon ade juga..
6. sepanjang jalan di depan waterfront ade jual kedai2 souvenir. boleh laa masuk dan pilih pasu2 serawak, sumpit, lastik, tshirt serawak, keychain2 pon ade.tp keychain kat sini mhl rm3 dr pasar satok.
kalo kat pasar satok hanye rm9 utk satu bungkus keychain.
7. selain pullman..byk lg hotel2 di kawasan ni. sume bintang pon ade. antaranya hilton, holiday inn, herbour view, dan byk lg.




pre-honeymoon-kuching-cat muzium

5nov-kami sampai je di kuching serawak jam 3pm. kami terus nek taxi dr epot ke waterfront menggunakan kupon rm26 yg ley di ambil di kaunter epot kuching. tp semase dlm taxi kami minta driver taxi anta kami terus ke umah owner sewa kete di bunga tongkeng di pulau ape ntah.driver mintak tambah lg rm15 sbb tukar haluan.tp patutnye xyah tambah aku rase sbb pejalanan nye same jauh je mcm ke waterfront.kete sewa ni. kami sewa kat membe aizil, kancil rm70. sewa dr jam 4pm-7pm keesokan hari(27jam). dlm rm2.50 sejam. ok la kot kan. tp yg problem nye. kete tu mcm rusak2.tekan myak mcm xmo jln laa.tp kami tetap meneruskan pejalanan pertama kami ke cat muzium di Dewan Bandaraya Kuching Utara di jln semariang kerana muzium akan ttp pada jam 5pm. keterangan lanjut ley laa layari di http://www.dbku.gov.my/infoPRD_muzium_kucing09.html .sape2 suke kucing mmg bes g cni sbb byk betul info pasal kucing, souvenir berupe kucing2 juge ade.kami smpt bli satu ni je sbb dah jam 5 dah nak ttp huhu..jum layan gmbr2 kami di sana.

Tuesday, November 1, 2011

official photographer

survey punye survey..
tp survey ni hanye bermula dr bulan 5 2011..kurang 4bulan dr majlis..
mmg cuak gak takot date tu dah d block org len..
dan mase nak cr photographer laa saat plg letih bg i..
tambah lg i wat keje sorang2..aizil tiade di sisi saat tu..
harapkan mama je yg kdg2 mmg tgh bz wat bunga kat umah..
bunga tu utk pelamin nikah i juga..
so..edisi meng interview photographer i lakukan seorang diri..
1st
Detik Indah Photography
experience: beginner+intermediate(xtahu nak kate)
rate: average
output: gambar ok cume xbp ngam dgn taste i..mungkin bkn yg i nak..
tp berbaloi laa dgn hege nye..
ni photographer pertama yg i dan aizil pergi jumpe. tp mase tu, sebenarnye nak cr photographer utk majlis tunang kami pada may2011 alang2 sekali laa dgn majlis perkahwinan kami sbb majlis tunang dan majlis kahwin jarak xjauh pon..just 3 bln..
so pk punye pk..at last kami amik juge utk majlis tunang..tp just shoot and burn je..
cume i sedikit upset laa sbb mereka anta photographer yg masih practikal lg..
so agak xbhagia..huu..herge shoot & burn rm500 without editing huhu..
mmg mcm xberbaloi plak rasenye..
ke2
G.I photoshoot
mule2 i just minta quotation..dan ble tgk rate hege nye agak ok..
so i plan dgn aizil utk ke sana lihat album dan diskusi..
bile kami smpi sane ofis agak besar dan baru..
tp akak tu kate mereka br je pndh..
maksud nye mereka bukan laa baru dlm dunia photography tp br pindah ofis br..
akak tu plak sgt baik dan talkative dan wat kan kami jd lame di situ..
gambar nice.menarik.jelas.terang.editing terbaik tp still nampak pure.
dan cara penyusunan gambar dlm album juga memuaskan ati kami..
so kami kate nnt kami komfem blk..tp dah masuk dlm log kami..antara yg sesuai..
ke3
AR pictures..
experience: beginner..
rate: average(tp bg aku mhl sbb beginner pon lg kan)
output: gambar ok dan susunan dlm album juga ok..tp xde laa impress kan aku sgt..
meeting kami berlansung di subang parade..
blk dr keje aku terus bergegas ke sane sorang2..
belek2 album..akhirnye aku kate..nnt aku hubungi semula klo komfem..
ke4
DanialZainPhotography
experience: intermediate
rate: fuiyoo(sgt mcm mahal lor)
output: gambar mmg menyelerakan aku..ske je tgk gmbr2 dia..tp sbb hargenye mcm over dr budget aku so..terpakse laa aku melupakan nya hee..
aku xsmpt pon g meeting dgn dia..sbb nye br dpt quotation thru emel dah rase mcm
xyah jmpe pon xpe laa hehe...
ke5
Avicenna studio
aizil yg dptkan dr exofismate nye..
tp secara summary..
i sndri xtahu ape kurangnye avicenna..
gmbr ok..rate pon ok2 je..cume sbb i x g tgk album dia..
jadi xtermasuk dlm list i..
ke6
DanialHaikal photography
survey2 kat internet..
jmpe laa gambar2 cantik yg di edit danialhaikal..
gmbr editing mereka sume same je satu sytle ala2 vintage..
i emel dah minta quotation dr mereka..
rate harga ok laa..masih xover budget kami..
cume i xtgk album dan susunan gambar dlm album lg..
tp i list kan mereka dlm list kami..
lepas tu i tgk album diorang..best sbb boleh pilih color..
ade byk color..dan album diorang mmg cantik...
ke7
Afnan Omar photography
i jmpe hasil gambar nye thru fb..
dan i trus emel mintak quotation..
dan set kan date nak tgk album..tp i panggil dia dtg umh je..
sbb xlarat laa nak kuar jmpe kat luar..lgpon konon2 tgh darah manis..haha..
tp i jamu air tea o ok kat umah ktorang..
gmbr editing sgt(kurang asli) tp yes..cantik..
ala2 vintage juge..cume i rase harga nye agak over dr our budget..
so, xtermasuk dlm list kami..
ke8
bakhafiz
just survey ..
tp fully buk plak dia utk date kami..
so i xminta plak quotation nya...
ke9
mukhriz&udey photography
ok yg ni laa yg terakhir di survey selepas sume2 td..
jumpe dgn pa diorang kat subang parade juge..
borak2 chitchat2...
tgk gmbr dgn album ok..
tp harga agak xsesuai dgn budget kami...
tambah juge ade criteria yg i nak tp mereka xdpt sediakan.
so..xtermasuk dlm list kami...
begitu laa short story mengenai pemilihan off photographer utk hari bhagia i
tp ade lg tp dah lupe nama plak
dlm byk2 yg kami survey..
semasa pameran "kerja kawen" di karangkraf ampang . i trun sorang2 lepas keje.
ingat nak cari off videographer.
tetbe terjumpe lak D.H dan G.I ble i view lg skali album2 mereka, plus sbb pameran kat c2 so mereka beri sedikit promotion.so terus laa i letak kan deposit dan block date.
dah mmg jodoh diorang laa agak nye utk menjadi off photographer kami. hehe..
Kami memilih DanialHaikal utk merakam detik nikah kami
dan G.I photoshoot utk majlis perkahwinan kami.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..mereka menjalankan tugas dgn sebaiknya..
servis yg terbaik dan sebulan saje tempoh album siap.
kedua2 album juga telah ade dirumah kami..

Thursday, October 27, 2011

majlis bertandang







majlis bertandang side laki dibuat selepas seminggu majlis kami.
majlis bertandang di adakan di dewan tasik ampang.

Monday, October 24, 2011

sekitar majlis resepsi

Pelamin gabungan idea aku dan suami,
hasil backdrop dr kerawang2u,
dan decoration dr KS ENTOURAGE SDN BHD

idea, hasil , decoration by KS ENTOURAGE SDN BHD

kawan2 hubby yg menjayakan acara silang pedang thanks to all of u..

Imam Muda Fakhrul membaca kan doa

Kawan2 ku yg sudi memeriahkan majlis kami

Imam Muda Hassan turut memeriahkan majlis kami

Warga Astro dan Imam Muda 1 dan Imam Muda 2

Keluarga ku one happy family




Acara potong kek wlpon kek xberape cun ayakk..

Tuan Amir sdg besalaman dgn suamiku sblom meninggalkan majlis

My father sempat lg curi time memberi ucapan terima kasih kpd tetamu yg hadir

Ini la acara silang pedang

Cantik tak itu kipas?haha..nway thanks to cik atikah sudi menjadi pengapitku

Ketibaan my suami menaiki jentera bomba

Emcee majlis ku. Thanks to Nurul Huda Abd Aziz wartawan tv3

Thanks kepada adik2 kompang dr gamelan malaysia

Tgh tggu ketibaan suami tercinta. jom posing2 dulu yer...