alfea qwaisya

alfea qwaisya

Wednesday, January 4, 2012

5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi

5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi

article ni sy amik dr blog TENTANG CINTA- credit to the blog..
Posted: 03 Jan 2012 06:30 PM PST


Kami ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 khas kepada semua pembaca dan peminat Tentang Cinta sekalian… -Mr & Mrs Teddy-

Yang bergelar lelaki, apakah hadiah yang biasa anda berikan kepada pasangan anda pada hari jadi si dia?
Well, memang selalu kita doakan agar si dia panjang umur, dimurahkan rezeki, dan sebagainya. Tetapi, apa maksud saya adalah, apakah benda atau barang yang anda berikan kepada si dia sempena menyambut ulang tahun kelahiran kekasih anda itu?
Jika anda masih blur blur, atau lupa, tidak mengapa. Di sini saya akan kongsikan dengan adan semua, lima hadiah yang paling disukai wanita sempena hari jadi mereka berdasarkan daripada respon yang diberikan di fanpage Tentang Cinta.

1.Coklat – Saya rasa jarang perempuan suka makan coklat ni. Alasan yang paling kuat mereka berikan adalah, takut gemuk. Tetapi daripada survey yang dibuat di fanpage kami, ramai wanita memberitahu bahawa mereka gemarkan coklat sebagai hadiah hari jadi. Mungkin coklat seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini.
2.Bunga – Perempuan mana yang tidak sukakan bunga, betul? Walaupun sekuntum bunga ros diberikan kepada mereka pun sudah cukup buatkan mereka gembira terangkat terbang ke langit. Tetapi adakah anda tahu setiap bilangan kuntuman bunga ada maksudnya yang tersendiri? Baca artikel kami ini, Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros, untuk dapatkan maklumat tersebut.
3.Teddy Bear – Daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya gemuk, buncit, dan perutnya sedap dipeluk. Oh ya, saya pun ada berikan Mrs Teddy sebuah anak patung teddy bear yang buncit, dan gemuk. Tetapi sekarang ni perut teddy bear tu dah jadi kempis dipeluk oleh Mrs Teddy. E..ganas! Hehehe..
4.Jam Tangan – Bagi sesetengah orang, hadiah jam tangan adalah mahal. Tetapi mungkin dalam 5 atau 10 tahun sekali, kalau anda ada duit lebih, bolehlah belikan jam tangan kepada si dia sebagai tanda kasih sayang kepadanya. Kalau hendak jimat lagi, belilah jam tangan couple. Anda dapat satu, si dia pun dapat satu.
5.Buku (novel) – Perempuan memang suka membaca novel. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka langsung tak pernah membacanya. Buku seperti novel merupakan di antara hadiah yang digemari oleh wanita. Tetapi tidak semestinya novel sahaja yang boleh diberikan sebagai hadiah. Anda juga boleh berikan buku lain seperti buku keagamaan atau buku yang berinformasi seperti, Indahnya Hidup Bersyariat, dan juga Hebatnya Kuasa Istikharah.

Jadi, itulah di antara lima hadiah yang paling digemari wanita sempena hari jadi mereka.
Jika hari ulang tahun kelahiran pasangan anda semakin dekat, apa kata anda ambil salah satu daripada hadiah di atas untuk diberikan kepada si dia. Saya percaya si dia pasti akan teruja dan gembira sangat-sangat. Tetapi jangan sampai anda terkantoi ambil tips dalam artikel ini pulak, sudah la ye..

comment sy mengenai hadiah2 yg di syorkan di atas..

coklat, bunga, bear
ye adiah2 tersebut mmg relevan sgt sebagai hadiah.
tp jika utk suke2 atau bkn sebagai hadiah utk hari besar.
mmg xjd masalah. tp bg sy, klo utk sambut hari2 besar sperti befday, anniversary.
mmg xbebaloi klo hanye bg brg2 tersebut. cube laa beri adiah yg jarang skali org bg.
br la nampak sket hari besar tu sgt bermakne. cnth hadiah seperti baju kurung yg sgt cantik sesuai utk hari perayaan ke. bkn ke tu lg bermakna.

jam tgn atau dompet?
sume org ble berkapel akan beri hadiah jam tgn atau dompet kpd pasangan.
ini mmg xdinafikan. terutama jika kite bercinta di zaman bujang+kurang mempunyai duit. so adiah yg agak mhl bg kite adalah brg2 tersebut.
so bg sy, adiah ini tidak sesuai di berikan setelah anda berkahwin, tidak sesuai utk diberi sempena hari besar seperti befday atau anniversary suami atau isteri anda. melainkan jika anda dpt bonus pd bulan itu. dan saje2 hendak berikan adiah. jam atau dompet atau handbag bolehla masuk akal. ini kerana, xmustahil zaman anda becinta
dulu2 dgn bekas kapel2 anda, anda telah pon memberikan adiah ini. so, adiah ini dah xnampak keistimewaannya lg2 jika di beri sempena befday isteri atau suami kesayangan anda. jika xpercaya, sila tanye diri anda, berapa kali anda berkapel sebelom kahwin, dan brape kali anda hadiahkan jam tgn atau dompet kpd pasangan anda? cth hadiah utk menggantikan ini, sy rase yg terbaik adalah handfon blackberry, iphone atau pon
alat2 electronic yg len.sgt berbaloi jika kite berikan ini sume, kerana si dia sudah pasti adalah pasangan kita selamanya dan telah menjadi hak kite. so rase xmembazirkan jika kite beri adiah2 tersebut wpon mhl. cube bygkan klo anda berikan hadiah ni semasa anda bercinta sewaktu bujang, tup2 selepas beri kan iphone berharga 2k. couple anda tidak mahu bernikah dgn anda, ataupon semase anda bercouple, tp couple anda curang dan menduakan anda. kemudian, iphone yg anda berikan, di tayang2 kan pula ke pasangan nye lg satu tanpa pengetahuan anda kononnye dia bli sndri.sakit ati x klo anda tahu?? haha..renungkan..

lagi cnth hadiah yg menarik dan sesuai di berikan utk perempuan?
pandangan sy,adiah berbeza2 utk yg belom berkahwin dan juga yg dah berkahwin.
dan bg sy adiah2 yg diberikan utk yg belom berkahwin sgt sesuai diberikan bg yg dah berkahwin utk meraikan sesuatu yg tidak terlalu penting tetapi tidak sesuai diberikan bg meraikan anniversary.hehehe..

No comments:

Post a Comment